10 TIPS BANTU ANAK SKOR EXAM
Artikel Berkaitan
Musim peperiksaan tiba lagi. Anak-anak sangat memerlukan sokongan ibu bapa ketika saat-saat genting dan mendebarkan terutamanya menjelang hari peperiksaan. Cara keibubapaan juga perlu diketahui dengan beberapa teknik yang betul agar anak-anak sentiasa bersemangat menjelang hari peperiksaan yang tidak lama lagi.
Baumrind (1966, 1967, 1991) secara konsisten menyifatkan prestasi tinggi akademik anak-anak berkorelasi positif dan signifikan dengan praktik gaya keibubapaan autoritatif berbanding permisif dan autoritarian. Melalui gaya keibubapaan jenis ini mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, membantu serta mendidik secara berpenglibatan (Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazili Ayob, 2012).
Oleh itu, pihak kami ingin berkongsi beberapa tips dan panduan berguna untuk ibu bapa membimbing anak-anak dalam menghadapi peperiksaan yang hampir dengan gaya keibubapaan autoritatif:
- Solat hajat, bacaan Yassin serta doa
Lakukan solat hajat dan bacaan Yassin setiap hari bersama-sama anak kita. Doa berterusan dari ibu bapa untuk anak-anak adalah doa terbaik yang mudah ‘diangkat’ oleh Allah SWT. Galakkan juga agar anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan ini agar membiasakan diri membaca Al-Quran dahulu sebelum memulakan sesi ulangkaji.
- Pantau pemakanan & kesihatan
Pastikan mereka makan makanan yang sihat untuk kesihatan tubuh dan minda. Hadkan minuman sejuk dan tidak berkhasiat untuk mengelakkan mereka terkena serangan penyakit menjelang hari-hari peperiksaan kerana ini akan mengganggu prestasi anak-anak yang tidak dapat dielakkan lagi.
- Luangkan masa,tunjukkan kebersamaan
Temani anak mengulangkaji dengan berada di sisi mereka. Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya sebagai tanda sokongan.
- Peralatan/ alat tulis mencukupi
Persediaan peralatan yang mencukupi juga boleh dilihat sebagai satu bentuk sokongan daripada ibu bapa ketika belaja dan pada hari peperiksaan.
- Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak
Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.
- Kawalan sementara
Disyorkan agar ‘pegang’ buat sementara gajet-gajet canggih yang dimiliki oleh anak-anak agar mereka tidak leka dengannya sehingga mengabaikan persediaan menghadapi peperiksaan
- Elakkan Anak Dari Tidur Lewat
Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal bagi memastikan rutin kawalan emosi dan kesihatan terkawal.
- Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas
Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi.
- Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian
Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak dan sebagainya. Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
- Tingkatkan Keyakinan Diri Anak dan Sokongan Moral
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka.





Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.
Tulis komen anda