Belajar dan terus belajar!

admin
Oleh admin August 17, 2015 20:22

Belajar dan terus belajar!

Tempat : SMK Pinji

Masa : 8.15 Pagi – 10.30 Pagi

Tarikh : 14 Ogos 2015

Program: Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM

Bertarikh 14 Ogos 2015, bertempat di SMK Pinji telah berlangsungnya Program Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM   yang dihadiri oleh 160 orang pelajar. Program dijalankan selama 2 jam 15 Minit padat dengan ilmu, disampaikan oleh En. Muhamad Tajudin bin Mustafa @ Sifu Taj yang merupakan Motivator Utama QC Group Sdn Bhd dan Kaunselor Berdaftar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,  Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan masa yang diberikan.

Matlamat Program : Menghasilkan pelajar yang mempunyai maklumat tentang ilmu pendidikan dan kerjaya selepas SPM.

Objektif Program : 1) Pelajar dapat mengenal pasti peluang pendidikan selepas SPM

                                          2) Pelajar dapat mengenal pasti kaedah permohonan ke IPTA, Politeknik, Matrikulasi, IPGM & Tingkatan 6.

Koleksi gambar program :          IMG_4658 IMG_4659 IMG_4660 IMG_4661 IMG_4662 IMG_4663 IMG_4664 IMG_4665 IMG_4666 IMG_4667 IMG_4668 IMG_4669 IMG_4670 IMG_4671 IMG_4672 IMG_4673 IMG_4674 IMG_4675 IMG_4676 IMG_4677 IMG_4678 IMG_4679 IMG_4680

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

admin
Oleh admin August 17, 2015 20:22
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."