Berbakti Kepada Kedua Ibu bapa

teamqc
Oleh teamqc August 4, 2014 16:31

Berbakti Kepada Kedua Ibu bapa

Berbakti kepada ibu bapa merupakan satu kewajipan terhadap anak-anak. Kewajipan ini tidak boleh diabaikan dengan alasan apa jua sekalipun.

Sejak dalam kandungan, ibu tanpa henti menanggung pelbagai penderitaan. Bermula rasa pening, muntah-muntah, tiada selera makan dan pelbagai kesakitan datang silih berganti. Nyawa menjadi pertaruhan ketika melahirkan. Setelah bayi lahir, ibu berjaga, bangun tengah malam. Tambahan lagi apabila anak sakit. Beban ibu dalam memelihara anak sehingga besar tidak terhingga beratnya dan tidak dapat dihitung sekalipun. Begitu juga ayah. Menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah untuk menyara kehidupan seluruh keluarganya. Biar hari hujan mahupun panas terik, selama hayat dikandung badan, kewajipan menyara keluarga tidak terhitung beratnya.

 

Berbakti kepada ibu bapa

 

Jelas bahawa ayat di atas menuntut supaya bergaul dengan ibu bapa, iaitu berbakti kepada keduanya selagi tidak melanggar ajaran Islam.

Di dalam kitab Tanbih al-Ghafilin disebutkan bahawa terdapat sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya, iaitu:

  1. Memberinya makan bila diperlukan
  2. Memberi layanan yang baik
  3. Menyahut panggilannya
  4. Mentaati semua perintahnya, kecuali perintah maksiat
  5. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut
  6. Memberi pakaian bila mereka memerlukannya
  7. Berjalan di belakangnya, tidak boleh mendahuluinya
  8. Berusaha mendapatkan keredhaan mereka dengan sesuatu yang disukai mereka
  9. Menjauhkan sesuatu yang tidak disukai mereka
  10. Mendoakan keduanya agar mendapat keampunan setiap kali ia berdoa untuk dirinya.

Sebagai anak yang soleh, tugas-tugas berbakti kepada ibu bapa tersebut merupakan tugas utama yang perlu dilakukan sebelum tugas-tugas duniawi yang lain.

 

Dipetik dari:

Meneladani Kemuliaan Akhlak Rasulullah S.A.W

Ibnu Sahli dan Abu Muhammad Saifuddin

Pustaka Azhar 2007

 

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc August 4, 2014 16:31
  1. CIKDiL August 20, 21:13

    Syukran QC GROUP..bila baca artikel di atas rasa macam xsabar nk berkeluarga dah..^_^ Moga QC Terus Sukses!

    Balas komen ini
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."