Buka Cawangan Pusat Terapi Matematik HOME Math Segera!
Artikel Berkaitan
Apa Itu HOME Math?
House of Mind Excellence (HOME Math) adalah Pusat Terapi Matematik dan perkembangan individu bagi anak-anak dalam usaha meningkatkan daya usaha dan berfikir para pelajar. HOME Math adalah rentetan dari program Bijak Sifir Sifu Taj yang diperkenalkan oleh Cr. Muhamad Tajudin Bin Mustafa (Sifu Taj) pada tahun 2010. Awal tahun 2012, HOME Math diperkenalkan bagi membantu merangsang, merawat dan memperkembangkan lagi minda anak-anak agar lebih kreatif.
HOME Math menggunakan platform subjek Matematik kerana ia adalah subjek yang sangat unik dan meliputi seluruh kehidupan. Modul HOME Math adalah menekankan pendekatan dan sistem yang tepat iaitu Himpun (Tambah dan Darab), Pecah (Tolak dan Bahagi) yang dapat membantu meningkatkan penguasaan dan kefahaman pelajar.
Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan permainan minda yang khusus dalam pembinaan kefahaman yang utuh, fungsi dan pengkaitan dalam kehidupan seharian. Maka dengan ini, pelajar dapat memahami fungsi Matematik dengan lebih mendalam. Permainan minda yang digunakan juga bertindak sebagai terapi kepada pelajar yang dapat menajamkan akal dan mengurangkan tekanan.
Kelebihan Membuka Cawangan
Apabila membuka cawangan HOME Math, jurulatih yang berdaftar berpeluang membina kerjaya sendiri bermula dari rumah ataupun premis. Pakej pembukaan cawangan HOME Math adalah dengan kadar yang terendah sekali serta sangat menguntungkan.
Dengan modal yang rendah, pembukaan cawangan HOME Math dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan masa yang fleksibel mengikut jadual sendiri serta tidak terikat dengan jadual ketat.
Kaedah pengajaran yang diperkenalkan sangat mudah dan senang dikuasai. Latihan akan diberikan 3 kali setahun berdasarkan modul yang digunapakai.
Maklumat lanjut, klik link di bawah :





Usaha yg baik. Berminat Pusat Terapi Mate. Mcmana nak contact
anda boleh layari homemath.my dan sila ke page hubungi untuk maklumat hubungi kami.
Tuan puan juga menghubungi 0134434110 atau pejabat kami 05-5280020.
Jazakallah
Salam. Nak tanya di Bandar Melaka ada atau tidak?
Assalamualaikum, Di Melaka masih tiada Cawangan Pusat Terapi Matematik. Jika pihak cik/tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program kami sama ada berminat untuk membuka cawangan Pusat kami mahupun berminat untuk menghantar anak ke pusat kami, Mohon hubungi di talian yang tertera di bawah untuk keterangan lanjut :
No Pejabat QC Group Sdn Bhd : 05-5280020 /013-4434110
Assalamualaikum….
Saya berminat untuk menjadi jurulatih sambilan , adakah terdapat peluang untuk menjadi jurulatih di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Terima kasih.
Waalaikumussalam
Terima kasih atas keprihatinan cik/puan
Peluang untuk menjadi sebahagian jurulatih sambilan masih ada di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Mohon cik/puan menghubungi kami di talian pejabat HQ QC Group Sdn Bhd iaitu 05 5280020 / 013 4434110 untuk pendaftaran dan keterangan lebih lanjut.
Terima kasih.
Apa syarat untuk jadi jurulatih sambilan seperti mana yang ditanya oleh rakan-rakan di sini?
Syarat utama untuk menjadi jurulatih kami adalah sekuarang-kurangnya mempunyai kelulusan Diploma dalam sebarang jurusan berkaitan Matematik seperti Diploma/ Ijazah Perakaunan, Kejuruteraan, Farmasi dan seumpamanya.
Terima kasih.