Nak berubah? Mestilah bermula saat ini!

admin
Oleh admin October 6, 2015 16:03

Nak berubah? Mestilah bermula saat ini!


Tempat : SMK Tanjong Rambutan
Masa : 8.15 Pagi – 9.00 Pagi
Tarikh : 02 Oktober 2015
Program : Motivasi Minda Peningkatan Diri

Bertarikh 2 Oktober 2015, bertempat di SMK Tanjong Rambutan telah berlangsungnya Program Motivasi Peningkatan Berfikiran Positif yang dihadiri 250 orang pelajar. Program dijalankan selama 1jam 15 Minit padat dengan ilmu, disampaikan oleh En. Muhamad Tajudin bin Mustafa @ Sifu Taj yang merupakan Motivator Utama QC Group Sdn Bhd dan Kaunselor Berdaftar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan masa yang diberikan.

Matlamat Program : Menghasilkan pelajar yang mempunyai sikap dan peribadi yang cemerlang dalam pelajaran.

Objektif Program :
Program motivasi yang di jalankan,Sifu Taj berkongsi kisah siapa yang mula-mula mencipta lampu.Kisah ini sangat menarik untuk dijadikan semangat dan dorongan supaya jangan berputus asa dalam membuat sesuatu perkara.Namanya ialah Thomas Edison.Sentiasa cuba dan terus mencuba tanpa berputus asa.

Seterusnya Sifu Taj berkongsi kisah filem Titanic.Apa yang Sifu Taj ingin sampaikan ialah bagaimana kapal yang besar boleh tenggelam.Puncanya ialah tiada siapa boleh mengenal pasti hanya 10% yang nampak 90% lagi tidak nampak ice di bawah.Apa yang Sifu maksudkan ialah bila nak menghadapi ujian baru ada motivasi hendak belajar,sebab ada perasaan takut dalam diri.
Sifu Taj suka berkongsi bagaimana ketakutan boleh merubah hidup seseorang.Bagaimana?.Anda tahukan ekonomi di Malaysia bangsa cina lebih maju kehadapan dalam bidang ekonomi.Sejarah membuktikan bahawa bangsa cina yang datang ke tanah melayu pada masa itu hidup dalam ketakutan kerana tiada jaminan dalam negara ini pada masa itu.Jadi mereka sangat rajin berusaha dengan berniaga akhirnya mereka mampu berdiri atas kaki sendiri sehingga kini.Sifu Taj juga selitkan pelbagai cerita yang berkaitan ketakutan.Antaranya kisah seekor anjing dengan pesara dan juga wanita jepun yang pakai baju kimono menyelamatkan anaknya yang hampir jatuh dari tinggkat 17,bagaimana keluarga miskin boleh berubah bila ada perasaan takut.Kisah ini sangat menarik dan memberi kesedaran kepada semua pelajar.

Program ini Sifu Taj turut memberi tips bagaimana hendak bermotivasi antaranya misti ada matlamat hidup,berubah mulai sekarang walaupun dengan melakukan perkara-perkara kecil dan juga perlu set di minda sentiasa.
Program motivasi berakhir,pengisian yang padat dan ilmu yang dikongsikan oleh Sifu Taj mudah-mudahan para pelajar dapat menggunakan dan berubah.Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan menjemput QC Group Sdn Bhd dalam menganjurkan program motivasi seperti ini.Semoga para pelajar di SMKTR akan terus cemerlang gemilang dan terbilang.

 

photo_2015-10-02_17-12-30 photo_2015-10-02_17-13-14 photo_2015-10-02_17-27-08 photo_2015-10-02_17-11-53 photo_2015-10-02_17-11-33 photo_2015-10-02_17-06-40

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin October 6, 2015 16:03
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."