“Hidup Untuk Membantu”- Sifu Taj

admin
Oleh admin April 14, 2015 11:49

“Hidup Untuk Membantu”- Sifu Taj

Kursus Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan oleh SMK Raja Perempuan Ipoh telah diadakan pada 4 April yang lepas. Seramai 89 peserta terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar Tingkatan 1 dan 2 telah menyertai program tersebut.

Sepanjang program tersebut, Sifu Taj menekankan tentang kepentingan “hidup untuk membantu, bukan membantut mahupun membatu”. Hal ini bertujuan untuk membuka mata para pemimpin sekolah untuk sedar tanggungjawab seorang pemimpin bukan sahaja untuk menjadi ketua dalam segala hal malah mereka juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan yang sering ringan tulang dalam mebantu satu sama lain.

Para pelajar telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada setiap unit kepimpinan sekolah. Setiap kumpulan tersebut diberikan satu set permainan HIQU dan diberikan beberapa bentuk untuk diselesaikan bersama. Sepanjang aktiviti ini, semangat kerjasama antara ahli serta semangat ingin tahu dapat dilihat dalam diri setiap pemimpin yang hadir.

Sebagai selingan, setiap kumpulan diberikan sepasang tali untuk diikat di kedua belah tangan dua orang ahli kumpulan tersebut. Mereka perlu mencari solusi untuk memisahkan dua orang tersebut tanpa memutuskan atau membuka tali. Permainan ini memerlukan daya kreativiti pelajar serta memastikan para pelajar mempunyai semangat ingin membantu antara satu sama lain.

Di penghujung kem tersebut, Sifu Taj telah mengenalpasti beberapa buah kumpulan yang pasif sepanjang program berlangsung. Setelah ditegur, beberapa kumpulan telah berubah menjadi lebih aktif namun begitu masih ada satu kumpulan yang masih pasif sehingga ke penghujung program.

Teguran tersebut dibuat bagi memastikan para pemimpin sedar akan pentingnya tindakan yang pantas bagi menjadi pemimpin yang berintegriti dan berketerampilan. Hal ini kerana sebagai pemimpin mereka perlu mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif untuk memastikan mereka memperoleh kepercayaan rakan-rakan yang dipimpin mereka.

Di penghujung program tersebut, para pelajar masih kelihatan bersemangat dan pihak QC Group amat berterima kasih atas jemputan pihak sekolah untuk mengendalikan program kepimpinan ini. Semoga kita bertemu lagi di lain kali!

IMG_2293

Para pelajar kelihatan bersungguh menyelesaikan bentuk HIQU yang diberikan

IMG_2307

IMG_2286

IMG_2277

IMG_2274

IMG_2262

IMG_2381

Antara pengisian yang menarik minat pelajar adalah sesi mengenal pasti otak yang lebih dominan untuk mereka

IMG_2250

IMG_2363

Para pelajar berebut untuk memberi respon kepada persoalan yang diberikan oleh Sifu Taj

IMG_2352

Jumlah markah untuk Sesi 1 ditulis oleh setiap bendahari kumpulan

IMG_2336

Permainan tali yang menguji daya pemikiran kritis dan kreatif setiap ahli kumpulan

IMG_2323

IMG_2316

IMG_2314

IMG_2310

Para pelajar berdiri menanti ganjaran yang diperoleh setelah menyelesaikan bentuk HIQU yang diberikan

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin April 14, 2015 11:49
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."