The Power Of Focus

admin
Oleh admin October 3, 2015 09:51

The Power Of Focus


Program : Program Motivasi Pecutan Akhir PT3 & SPM 2015
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat Ipoh Perak (Dewan Olimpik)
Tarikh : 1 Oktober 2015 (Khamis)
Masa : 7.30 Am – 12.30 Pm

Program motivasi pecutan akhir untuk pelajar PT3 & SPM 2015 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gunung Rapat Ipoh (SMKGR)telah di hadiri seramai 315 orang pelajar.
Program ini di anjurkan dengan kerjasama dari unit Bimbingan & Kaunseling (SMKGR) bersama dengan pihak QC group sdn bhd.Tujuan program di adakan adalah untuk memberi rangsangan semangat dan motivasi di saat-saat akhir menjelang peperiksaan sebenar nanti.
Program ini di jalankan dengan begitu lancar padat dengan ilmu yang sangat berguna di sampaikan oleh En Muhamad Tajudin bin Mustafa @ Sifu Taj.Beliau merupakan motivator utama QC Group Sdn Bhd dan Kaunselor Berdaftar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.Sifu Taj juga antara yang sudah pun di kenali di kebanyakan sekolah-sekolah di sekitar ipoh.Sewaktu mengendalikan sesi motivasi Sifu Taj mendapat sambutan yang hebat dengan kerjasama antara guru-guru dan para pelajarnya.Perjalanan sewaktu program berlangsung mengikut ketetapan masa yang di berikan.
Matlamat Program :
Memastikan para pelajar mendapat motivasi dan apa yang perlu di buat menjelang peperiksaan PT3 & SPM
Objektif Program :
Program motivasi sangat perlu dan memulihkan semangat yang baru khusus kepada semua pelajar menjelang peperiksaan nanti.Tahap keyakinan diri perlu di tinggkatkan.Sifu Taj berkongsi ilmu dengan berkata tahap keyakinan perlu ada supaya para pelajar berasa lebih tenang dan tidak berasa tertekan.Di saat akhir menjelang peperiksaan para pelajar di suruh tidak perlu lagi membaca buku-buku teks atau rujukan memadailah dengan mengulangkaji dengan membuat latihan contoh-contoh soalan peperiksaan tahun lepas.Ini bertujuan supaya para pelajar dapat membiasakan dengan soalan peperiksaan sebenar.Sifu Taj juga berkongsi bagaimana mengulangkaji yang bersistematik,apa yang perlu buat dahulu.Masa mengulangkaji dan beriadah perlu di susun dengan sebaik mungkin.Aktiviti riadah yang berisiko amat tidak di galakkan untuk mengelakkan dari kecederaan.
Program motivasi dikendalikan oleh Sifu Taj menekankan kepada mempelajari teknik Energiser.Teknik ini bertujuan mengajar pelajar agar lebih peka dan focus.Kaedah ini di terapkan supaya para pelajar dapat kuasai ilmu dengan lebih baik,lebih perhatian dan seronok untuk belajar.Semasa Sifu mengajar teknik energiser semua pelajar dapat memberi kerjasama yang amat baik dan semua pelajar berasa selesa dan tidak tertekan.
Program motivasi sangat membantu para pelajar dimana Sifu Taj berkongsi perbezaan otak kiri dan otak kanan.Otak kanan adalah lebih kepada pelbagai,contohnya boleh melakukan lebih kerja dalam satu masa.Manakala otak kiri hanya boleh focus satu kerja dalam satu masa.Tujuan Sifu Taj berkongsi peranan otak kiri dan kanan supaya para pelajar dapat melihat potensi diri sendiri.
Program yang di bawa oleh Sifu Taj mengajak dan memberi peluang pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi masalah sebelum Sifu Taj memberi penyelesaian apa yang perlu di buat.Dengan cara ini pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri.
Program motivasi seterusnya Sifu Taj mengajar bagaimana teknik mengingat dan menghafal .Teknik ini di panggil mnemonic.Teknik ini amat mudah untuk mengingat contohnya subjek sejarah,pendidikan islam dan sebagainya.Contoh rukun nikah ada berapa?perkataan siswa=suami,isteri,saksi,wali,akad ijab dan Kabul.

 

Program motivasi berakhir,terasa masa begitu pantas sekali tetapi pengisian yang padat dan ilmu yang dikongsikan oleh Sifu Taj mudah-mudahan para pelajar dapat menggunakan dan mempraktiskan sebelum menjelang peperiksaan PT3 dan SPM nanti.Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat menjemput QC Group Sdn Bhd dalam menganjurkan program motivasi seperti ini.Semoga para pelajar di SMKGR mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

 

photo_2015-10-02_17-21-34 photo_2015-10-02_17-21-05 photo_2015-10-02_17-20-17 photo_2015-10-02_17-20-04 photo_2015-10-02_17-19-17 photo_2015-10-02_17-13-14

 

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin October 3, 2015 09:51
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."