Karnival Kerjaya UiTM Permatang Pauh

teamqc
Oleh teamqc September 20, 2014 18:41

Karnival Kerjaya UiTM Permatang Pauh

Bertarikh : 20 September 2014
Alhamdulillah, Program Karnival Kerjaya anjuran kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Unit Kaunseling & Kerjaya (UiTM Permatang Pauh)berjaya dengan sambutan yang amat menggalakkan. Penglibatan peserta seramai 200 lebih yang terdiri daripada para pelajar tahun akhir di UiTM Permatang Pauh.

Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak Perbadanan Nasional Berhad dan UiTM Permatang Pauh kerna menjemput Team QC Group dalam berkongsi tips dan pengalaman dalam membuka peluang kerjaya dan perniagaan terutama sekali untuk menjadi Jurulatih Berdaftar Pusat Terapi Matematik (HOME Math).

Malahan Team QC yang disertai oleh Jurulatih Ika dan Jurulatih Mas diberi peluang untuk memberi ceramah kepada bakal para graduan UiTM Permatang Pauh. Alhamdulillah, respon yang positif yang diterima daripada para peserta menunjukkan satu impak yang besar kepada kami terutama sekali dalam memperkenalkan ‘Terapi Otak : Kiri atau Kanan’ dan ‘Membina Kerjaya HOME Math bersama QC’.

Diharap program ini membuka minda para graduan amnya untuk ‘berjinak-jinak’ ¬†dalam bidang perniagaan selain membantu anak bangsa menjadi anak bangsa yang berjaya terutama sekali dalam penguasaan bidang Matematik.

 

 

 

Sambutan yang BOMBASTIK!!!

Sambutan yang BOMBASTIK!!!

MasyaAllah, sampai tak cukup kerusi..=)

MasyaAllah, sampai tak cukup kerusi..=)

Tekun mendengar ceramah dari Cikgu Ika..

Tekun mendengar ceramah dari Cikgu Ika..

Booth kami..HOME Math

Booth kami..HOME Math

Team Geeza dan Team Aiskrim Colek turut serta..

Team Geeza dan Team Aiskrim Colek turut serta..

Team Pak Tuan pun ada..=)

Team Pak Tuan pun ada..=)

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc September 20, 2014 18:41
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."