Kursus Jurulatih Bijak Sifir Sifu Taj Siri 1 2014 (JuST)

admin
Oleh admin August 17, 2014 04:30

Kursus Jurulatih Bijak Sifir Sifu Taj Siri 1 2014 (JuST)

Syukur Alhamdulillah…….

Kursus Jurulatih Bijak Sifir Siri 1 2014 telah berjaya dijalankan di Asmas Makmur Sdn Bhd, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2014 bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini merupakan kursus siri 1 bagi tahun 2014. Tujuan utama kursus tersebut diadakan adalah untuk mencari jurulatih/penceramah bagi Bengkel Bijak Sifir (BeST) yang dianjurkan oleh pihak syarikat dan organisasi seluruh Malaysia sama ada separuh masa atau sepenuh masa mengikut keperluan program mahupun kelapangan jurulatih tersebut. Selain itu juga, kursus ini sebagai langkah ujian tapisan awal untuk menjadi Jurulatih Berdaftar Terapi Matematik HOMEmath serta memberikan pemahaman yang terperinci tentang perjalanan syarikat.

Alhamdulillah, perjalanan kursus tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang positif daripada para peserta yang terlibat sepanjang satu hari kursus ini. Seramai 4 orang peserta telah menyertai kursus ini dan kebanyakannya berpuas hati dengan penjelasan dan penerangan berkenaan peranan jurulatih, pengenalan sifir, prosedur yang perlu dilakukan untuk menjadi jurulatih sama ada sebagai Jurulatih Bijak Sifir Sifu Taj atau Jurulatih Berdaftar Terapi Matematik HOMEmath, ujian kelayakan JuST, asas penguasaan Matematik dan kenali simptom dan cara mengatasi fobia Matematik.

Begitu tekun tuan kita seorang ini..

Begitu tekun tuan kita seorang ini..

senyum jangan tak senyum

senyum jangan tak senyum

Sifu begitu bersungguh memberi penerangan kepada peserta

Sifu begitu bersungguh memberi penerangan kepada peserta

Peserta - peserta JuST

Peserta – peserta JuST

 

Penyerahan sijil penyertaan Kursus tersebut diberikan di akhir kursus tersebut.

Penyerahan sijil kepada salah seorang peserta JuST

Penyerahan sijil kepada salah seorang peserta JuST

Pencarian mencari jurulatih masih belum berakhir. Kami akan ke selatan nanti, Johor Darul Takzim. Jika berminat untuk menjadi jurulatih kami, daftar segera di BijakSifir.com

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin August 17, 2014 04:30
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."