Malaysia Islamic Children’s Fair – HOME MATH:Terapi Matematik

teamqc
Oleh teamqc November 25, 2014 16:43

Malaysia Islamic Children’s Fair – HOME MATH:Terapi Matematik

Selama 3 hari, bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 21, 21 dan 23 November 2014 telah berlangsungnya Malaysia Islamic Children’s Fair (MICF). HOME MATH:Pusat Terapi Matematik di bawah QC Group Sdn Bhd telah berkampung di booth bernombor 13, di bahagian sudut berhampiran dengan bahagian kiri pentas utama MICF. Ramai jurulatih-jurulatih HOME MATH turun padang untuk memeriahkan lagi booth HOME MATH di MICF.

Booth HOME MATH menawarkan ujian diagnostik ringkas dan rundingan percuma kepada para pengunjung, ibu bapa dan anak-anak mereka yang berminat untuk menyertai program HOME MATH. Booth HOME MATH juga ada menyediakan ruangan untuk kanak-kanak bermain permainan minda yang dipamerkan. Permainan minda turut ada dijual pada harga promosi MICF dengan potongan harga 15% hingga 35%. Sempena MICF, booth HOME MATH juga ada menampilkan permainan minda terbaru di pasaran.

Selain daripada promosi harga permainan minda, booth HOME MATH juga menawarkan harga promosi bagi program-program yang dianjurkan oleh pihak QC Group Sdn Bhd seperti kursus Jurulatih Sifu Taj (JuST), Seminar Terapi Permainan (STeP) dan Bengkel Bijak Sifir:EDISI KHAS (BeST:SPECIAL EDITION) yang dijadualkan pada 24, 25 dan 26 Disember 2014 mengikut turutan dan akan dianjurkan di Masjid Negara.

IMG_0633

kanak-kanak bermain permainan minda yang ada bersama keluarga dan dibantu oleh seorang jurulatih HOME MATH

IMG_0650

Beberapa jurulatih pengunjung memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pengunjung

IMG_0659

Warga asing juga berminat mengenai program HOME MATH dan set permainan minda

IMG_0682

Jurulatih HOME MATH menerangkan keputusan ujian diagnostik anak kepada ibu

IMG_0683

Sepasang adik-beradik sedang cuba menyelesaikan cabaran salah satu permainan minda yang dipamerkan sambil diperhatikan oleh bapa mereka

IMG_0688

Antara persembahan di pentas utama MICF oleh kumpulan nasyid Rabbani bersama kanak-kanak yang berkunjung ke MICF

IMG_0694

Beberapa jurulatih dan kanak-kanak kecil bergambar bersama maskot Ummi yang melawat ke booth HOME MATH

IMG_0689

Seorang karikatur sedang melakar semasa kumpulan nasyid membuat persembahan di pentas utama MICF

IMG_0722

Penyanyi Nora juga berkesempatan melawati booth HOME MATH dan bergambar dengan jurulatih

IMG_0776

Jurulatih HOME MATH bergambar bersama maskot-maskot UMMI

IMG_0736

Seorang kanak-kanak perempuan sedang fokus untuk menyusun Tangram 3D

IMG_0765

Penyanyi Nora bersama anak-anaknya, Voices Of UMMI (VOU) memeriahkan pentas utama MICF bersama pengujung cilik

 

Galeri gambar sepanjang event:

IMG_0599 IMG_0600 IMG_0601 IMG_0605 IMG_0607 IMG_0608 IMG_0612 IMG_0614 IMG_0615 IMG_0616 IMG_0619 IMG_0620 IMG_0621 IMG_0622 IMG_0625 IMG_0631 IMG_0634 IMG_0640 IMG_0642 IMG_0646 IMG_0647 IMG_0649 IMG_0653 IMG_0654 IMG_0657 IMG_0662 IMG_0672 IMG_0687 IMG_0693 IMG_0695 IMG_0701 IMG_0724 IMG_0733 IMG_0766 IMG_0778

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc November 25, 2014 16:43
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."