MOTIVASI MINDA SMK TANJONG RAMBUTAN

admin
Oleh admin January 26, 2015 09:34

MOTIVASI MINDA SMK TANJONG RAMBUTAN

 

Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan (SMKTR) pada 23 Januari 2015, Program Motivasi Minda di anjurkan untuk pelajar Pendidikan Moral SMKTR.

 

Program ini dikendalikan sendiri oleh CR. Muhamad Tajudin bin Mustafa atau juga dikenali sebagai Sifu Taj dan dibantu oleh 2 orang fasilitator daripada QC Group Sdn Bhd.

 

Para pelajar turut diberi peluang untuk bermain permainan minda Hiqu secara berkumpulan. Para pelajar bersemangat untuk mencuba menyusun 4 bongkah kayu yang berlainan bentuk untuk menghasilkan bentuk yang tertera pada skrin projektor.

DSC_0018

Motivasi Minda

DSC_0019

Sifu Taj menyampaikan pengisian beliau.

DSC_0021

Para pelajar memberikan perhatian kepada Sifu Taj.

DSC_0022

Sifu Taj sedang mengendalikan program.

DSC_0077

Sekumpulan pelajar ceria semasa aktiviti dalam kumpulan.

DSC_0101

Seorang pelajar menunjukkan wang kertas yang dikumpul oleh kumpulan mereka sewaktu aktiviti dalam kumpulan.

DSC_0105

Susunan bongkah Hiqu yang digunakan dalam salah satu aktiviti dalam kumpulan

DSC_0116

Para pelajar yang duduk mengikut kumpulan masing-masing

DSC_0122

Setiap ahli kumpulan bersama-sama menyusun bongkah kayu Hiqu

DSC_0125

Susunan bongkah Hiqu oleh seorang pelajar yg turut serta.

DSC_0141

Sifu Taj sendiri membantu salah satu kumpulan dalam perbincangan kumpulan.

DSC_0148

Seorng fasilitator yang bertugas turut membantu sekumpulan pelajar perempuan

DSC_0149

Antaran kempulan pelajar perempuan yang turut serta dalam program

DSC_0153

Fasilitator menghulurkan wang kertas sebagai ganjaran kepada sebuah kumpulan pelajar

DSC_0161

Suasana sewaktu program berlangsung

DSC_0168

Guru Disiplin menyampaikan cenderahati kepada Sifu Taj selepas tamat program.

 

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin January 26, 2015 09:34
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."