Nak Anak Pandai?
Artikel Berkaitan
Al-Fatihah
Anda sebagai ibubapa dan anak-anak digalakkan agar kerap membaca Surah Al-Fatihah.
Menurut hadis riwayat Al Baihaqi dari Abd. Malik Ibn Umair r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Surah Al-Fatihah itu dapat mengubati segala jenis penyakit”.
Menurut hadis riwayat Al Bazzar dari Anas bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila engkau selalu membaca Al-Fatihah dan surah Al Ikhlas, akan amanlah engkau dari segalasesuatu, kecuali maut”.
Menurut amalan para solihin, barangsiapa yang mempunyai hajat ( kearah kebaikan ) hendaklah ia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setelah selesai solat sunat ba’diah maghrib. Bacaan dilakukan tanpa mengubah kedudukan dirinya dari tempat solat tadi dan jangan pula berkata-kata yang lain.
Amalkan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 7 hari berturut-turut, InsyaAllah pintu hati kita akan dapat memahami segala perkara dengan mudah. Dengan kata lain, amalan ini dapat menerangkan hati dengan ilmu dan kebaikan yang membawa banyak faedah
Surah Al-Insyirah
Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah s.a.w duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda: “Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka bacalah ayat 5 – 6. (HR: Ibnu Abi Hatim).
Doakan Tanpa Henti
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).
Kerapkanlah membaca doa di bawah:
” التأويل وعلمه الدين في فقهه اللهم ”
عن ابن عباس قال : كنت في بيت ميمونة ابنة الحارث فوضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم طهوره فقال : من وضع هذا ؟ فقالت ميمونة : عبد الله ، فقال : ” اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل ”
Dari Ibnu ‘Abbas ia berkata : “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti Al-Haarits. Maka aku ambilkan untuk Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam (air) untuk bersuci (thaharah). Beliau pun bertanya : ‘Siapakah yang mengambilkan (air) ini ?’. Maimunah menjawab : ‘Abdullah’. Beliau bersabda : ‘Ya Allah, faqihkan ia dalam agama dan ajarkanlah ilmu ta’wil (tafsir) kepadanya”.
(Hadis Sahih Riwayat Ahmad)
Kami di syarikat bakal mengadakan Seminar Terapi Permainan (SteP) seperti kenyataan di bawah:
Program di atas bakal berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang yang boleh dihadiri seisi keluarga dengan pecahan kumpulan mengikut kategori umur di atas.
Matlamat program ini adalah membina tahap kecerdasan pelajar dan mengenal pasti daya menganalisa dan membuat keputusan. Setiap lapisan umur walaupun kanak-kanak berusia 4 tahun pasti akan berusaha membuat sebarang keputusan. Maka kami merangsang peserta menganalisa terlebih dahulu dan meningkat aras logik pelajar. Ia sesuai dengan permintaan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu mencapai tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Cara mendaftar adalah sms atau whatsapp kan seperti langkah di bawah:
nama >jarak< umur >jarak< STEP >jarak< hantarkan ke 013-4434110
Segera mendaftar kerana tempat terlalu terhad hanya untuk 10 KELUARGA sahaja!
Anda juga boleh hubungi 013-4414110 atau 05-5280020





Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.
Tulis komen anda