Bijak Sifir Sifu Taj

teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 18:09

Bijak Sifir Sifu Taj

Apa Itu Bijak Sifir Sifu Taj?

Bijak Sifir Sifu Taj merupakan kaedah menguasi sifir bertemakan “Tak Perlu Hafal Sifir Lagi” dan juga merupakan satu kaedah yang pertama kali disusun secara sistematik mengikut prinsip Pedagogi Pendidikan. Bijak Sifir ini disusun, dikaji dan diuji sejak tahun 2002 dalam program-program motivasi yang dikendalikan oleh Sifu Taj. Cetusan idea untuk mendalamkan lagi pengkajian berkenaan sifir ini adalah rentetan dari keluhan dan rungutan peserta-peserta Sifu Taj yang sentiasa melihat Matematik sebagai satu subjek yang sukar.

Objektif

Bijak Sifir Sifu Taj dianjurkan supaya sifir pendaraban mudah dipelajari dan dikuasai semua tahap pelajar.

Metodologi

Bijak Sifir Sifu Taj bukan dalam bentuk nyanyian yang memerlukan kita mengingati lirik dan lagunya sekali. Bijak Sifir Sifu Taj ini juga bukannya dalam bentuk menyenaraikan sifir atau membuat kotak-kotak sifir.

Tentunya banyak membuang masa pelajar semasa hendak menjawab  soalan Matematik jika masa yang ada digunakan untuk menyenaraikan sifir atau membuat kotak-kotak sifir.

Bijak Sifir Sifu Taj adalah tertumpu kepada penguasaan asas Matematik dan sifir 0 hingga 12. Para pelajar akan diberikan pemfokusan kepada sifir 0 hingga 12 satu persatu secara lebih terperinci.

Oleh itu, Bijaksifir Sifu Taj ini pasti berbeza. Ianya satu kaedah yang amat ringkas, padat dan terus menjurus kepada jawapan sifir. Ia dijamin mudah dipelajari dan dikuasai semua tahap pelajar malah dapat membentuk pemikiran yang kreatif.

Kini, Bijak Sifir Sifu Taj dikongsikan dengan semua melalui program-program latihan yang ditawar dalam pelbagai pakej.

Lagi

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 18:09
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."