Perkhidmatan
QC Group Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan program latihan berorentasikan motivasi dan kecemerlangan pelajar kepada sekolah-sekolah dan organisasi yang berminat. Pelbagai variasi modul akan disediakan berdasarkan permintaan pelanggan bersesuaian dengan objektif penganjuran. Antaranya seperti Kem Motivasi, Motivasi Akademik Heart Quotient TM , Bijak Belajar, Bijak Karier dan banyak lagi.
Objektif penganjuran bersesuaian dengan katagori peserta sama ada yang terdiri daripada golongan pelajar, pendidik, ibubapa dan anak-anak, organisasi atau golongan professional sama ada kakitangan kerajaan dan swasta serta peringkat umum dan masyarakat.
Matematik
Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj
Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj merupakan kaedah menguasi sifir bertemakan “Tak Perlu Hafal Sifir Lagi” di mana kaedah yang digunakan bukan seperti yang telah diperkenalkan sebelum ini seperti; NYANYIAN LAGU, PENYENARAIAN, JADUAL SIFIR dan lain-lain. Ia juga tidak memerlukan pembelajaran BAHASA BARU. Satu kaedah yang pertama kali disusun secara sistematik mengikut prinsip Pedagogi Pendidikan.
Mula disusun, dikaji dan diuji sejak tahun 2002 dalam program-program motivasi yang dikendalikan oleh Sifu Taj. Beliau tercetus idea untuk mendalamkan lagi pengkajian berkenaan sifir rentetan dari keluhan dan rungutan peserta-peserta beliau yang sentiasa melihat matematik sebagai satu subjek yang sukar.
Seminar Terapi Matematik
Seminar Terapi Matematik menyampaikan Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj, alternatif pendidikan untuk membantu anak-anak menguasai sifir dengan kaedah yang lebih mudah dan tidak membebankan dan seterusnya membantu mengukuh dan merawat masalah matematik anak-anak.
Terdapat sesi mengenal personaliti anda serta pelajar dan anak anda melalui beberapa kaedah psikologikal seperti kaedah personaliti warna, penggunaan otak kiri dan kanan dan lain-lain lagi di mana ianya dapat membantu ibubapa, guru-guru serta pelajar dapat memaksimumkan keberkesanan dalam mengajar dan belajar mengikut hasil daripada ujian terapi yang dijalankan.
H.O.M.E Math
House Of Mind Excellence atau nama rasminya H.O.M.E. Math merupakan kelas terapi matematik bagi pelajar yang lemah dalam subjek matematik. H.O.M.E. Math dijalankan mengikut modul-modulnya tersendiri di mana ianya memberi fokus untuk merawat pelajar yang lemah matematik di peringkas asas matematik iaitu operasi tambah, darab, tolak dan bahagi. Ini kerana untuk menguasai bidang matematik secara keseluruhan, pelajar harus diperkasakan dengan 4 operasi asas matematik tersebut terlebih dahulu.
Kelas H.O.M.E. Math sesuai untuk semua peringkat pelajar iaitu sejak dari pelajar yang sudah belajar matematik sehingga ke sekolah menengah.
Modul yang diketengahkan dalam kelas H.O.M.E. Math ini adalah Asas Bijak Campur, Asas Bijak Darab, Asas Bijak Kurang, dan Asas Bijak Bahagi. Modul-modul tersebut adalah hasil kajian selama beberapa tahun dan telah melaui beberapa siri pembaharuan hasil daripada maklum balas pelajar, para jurulatih serta ibubapa untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran.