Program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM

teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 17:17

Program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM

Syukur ke-Hadrat Ilahi…Alhamdulillah selesai sudah salah satu program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM anjuran pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan pada 8 Ogos 2014 bertempat di sekolah berkenaan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Seramai 150 orang calon pelajar SPM dan 5 orang guru telah menyertai program motivasi ini. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh En. Muhamad Tajudin B.Mustafa @ Sifu Taj yang merupakan Motivator Utama QC Group Sdn Bhd dan Kaunselor Berdaftar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan masa yang diberikan.

Program yang berlangsung selama hanya 1 jam telah mendapat respon yang positif daripada para guru dan pelajar dan sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan.

Para pelajar sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Sifu Taj

Wajah - wajah pendidik SMK Tanjong Rambutan

Wajah – wajah pendidik SMK Tanjong Rambutan

senyum selalu…

wajah – wajah calon pelajar SPM 2014

 

Di antara pengisian yang diberikan terdiri daripada:

  • Terapi otak

Mengenalpasti  potensi sebenar otak anda  samaada otak kiri atau otak kanan secara semulajadi.

Tunjuk ajarku Sifu..!!

Para pelajar sedang sibuk melakukan aktiviti Terapi Otak.

Para pelajar sedang sibuk melakukan aktiviti Terapi Otak

  • Terapi Belajar

Memperkenalkan tentang 4 Domain Strategi @Teknik dan 3 Domain Sikap

Sifu Taj memberi penerangan tentang 4 domain strategi @ teknik

 

Program motivasi berakhir dengan kesudahan yang baik dan berjaya.  Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 5 SPM SMK Tanjong Rambutan.

Terima kasih SMK Tanjong Rambutan !!

Tahniah Sifu Taj!!!

 

Terima Kasih SMK Tanjong Rambutan

Terima kasih daun keladi, insyaAllah jumpa lagi…..

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 17:17
  1. nik salihah May 10, 12:24

    sekadar kongsi

    Balas komen ini
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."