Rakan Jihad Bisnes Dewan Perdagangan Islam Malaysia

teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 13:27

Rakan Jihad Bisnes Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) adalah sebuah organisasi yang mula ditubuhkan pada tahun 1993 dengan tujuan berjuang menyatupadukan peniaga dan pengusaha Islam untuk kepentingan dan faedah ekonomi Islam seluruhnya. Matlamat utama DPIM adalah untuk menjayakan perdagangan dan perindustrian dengan penglibatan menyeluruh Masyarakat Islam demi untuk meningkatkan taraf dan kesinambungan kejayaan ekonomi masyarakat Islam.

DPIM adalah salah satu pertubuhan yang membantu menguatkan masyarakat dengan cara mengukuhkan kemantapan sesuatu perniagaan yang dipunyai oleh orang Islam, juga sebagai satu agen penggalak dan membantu orang-orang Islam untuk melibatkan diri di dalam perniagaan. Ia juga bertindak sebagai satu pertubuhan yang memberi khidmat untuk membantu kemajuan masyarakat Islam terutama dalam aktiviti-aktiviti ekonomi samada dalam sektor korporat atau sektor-sektor lain.

Cawangan

Sehingga kini, DPIM telahpun mempunyai empat belas cawangan berdaftar iaitu di negeri-negeri seperti berikut:

DPIM Cawangan Perlis

DPIM Cawangan Pulau Pinang

DPIM Cawangan Kedah

DPIM Cawangan Perak

DPIM Cawangan WP Kuala Lumpur

DPIM Cawangan Selangor

DPIM Cawangan Negeri Sembilan

DPIM Cawangan Melaka

DPIM Cawangan Johor

DPIM Cawangan Kelantan

DPIM Cawangan Terengganu

DPIM Cawangan Pahang

DPIM Cawangan Sabah

DPIM Cawangan Putrajaya


Rakan Jihad Bisnes

Rakan Jihad Bisnes (RJB) adalah satu program organisasi rangkaian bisnes sesama ahli yang bersistematik dan berstruktur. Ia menggabungkan konsep jemaah, semangat tolong-menolong, disiplin dan urusniaga yang menepati syariah. RJB merupakan program utama DPIM yang bertujuan membina jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan Islam. Falsafah RJB sangat menekankan kepada Yadul Ulya & Qardhul Hasan yang bermaksud tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan di bawah.

RJB WP Putrajaya

Perjuangan dalam membantu usahawan Islam dan bersama-sama mengembangkan bisnes di dalam membantu ekonomi ummah ditekankan dalam konsep usrah dan musyawarah. Bagi cawangan Putrajaya, RJB dijalankan setiap minggu pada hari Jumaat, bertempat di kelab Tasik Putrajaya Presint bermula 10.00 pagi.

Untuk keterangan lanjut:

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc August 8, 2014 13:27
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."