Seminar Bijak Sifir Sifu Taj – SMK Dato’ Permaisuri, Miri

admin
Oleh admin April 27, 2015 09:04

Seminar Bijak Sifir Sifu Taj – SMK Dato’ Permaisuri, Miri

Pada 25 April 2015 telah diadakan Seminar Bijak Sifir Sifu Taj di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Permaisuri Miri yang disertai seramai 48 orang pelajar dan guru sekolah. Seusai sesi pendaftaran, seminar dimulakan pada jam 8.30 pagi.

MT Amirah memulakan seminar dengan menerangkan sejarah nombor. Kemudian, para pelajar diuji untuk mengetahui dominan otak masing-masing, sama ada otak kanan atau kiri. Selepas itu, para peserta diterangkan mengenai dominan otak kiri dan kanan terhadap personaliti seseorang.

DSC_0006 DSC_0007

Kaedah Sifir 11 diperkenalkan pada permulaan Seminar Terapi Matematik ini dengan menggunakan cara yang lebih mudah dan senang difahami oleh peserta. MT Amirah menerangkan sifir-sifir yang seterusnya mengikut fasa.

DSC_0008 DSC_0009

DSC_0017 DSC_0018 DSC_0019

Masa rehat yang diberikan, digunakan pelajar dengan bermain semua permainan minda yang telah disediakan.

DSC_0010 DSC_0016

Melalui borang maklum balas yang diterima, pelajar berasa seronok dan gembira apabila mempelajari kaedah yang mudah untuk mereka dan merasakan matematik adalah subjek yang senang. Mereka berkeinginan untuk program seperti ini diadakan lagi dengan tempoh masa yang lebih lama.

DSC_0021 DSC_0022 DSC_0023 DSC_0024 DSC_0025 DSC_0026 DSC_0027

Kesimpulannya, peserta dapat menggunakan formula yang telah diajar di dalam pelajaran terutamanya Matematik tanpa menggunakan kalkulator.

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin April 27, 2015 09:04
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."