Seminar Terapi Matematik : Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut,Perak
Artikel Berkaitan
Tanggal 24 mac 2015, berlangsung satu lagi program anjuran Institut Kemahiran Mara, Lumut, Perak yang mana menjemput team QC GROUP SDN BHD untuk mengadakan satu seminar yang diberi nama SEMINAR TERAPI MATEMATIK. Bertempat di Dewan Mohd Fadzil pada sesi pagi dan sesi petang pula di Dewan Besar IKM tersebut.Seramai 59 peserta yang terdiri daripada para pelajar semester 1 dan 2 dari pelbagai kursus. Seminar yang berlangsung selama satu hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang juga turut dihadiri oleh para tenaga pengajar IKM iaitu seramai 10 orang termasuk Ketua Unit Matematik, Puan Norazlina Bt Mahamud dan Guru Matematik atau pendokong utama bagi program tersebut, Puan Suhaila Binti Baharain.
Matlamat utama seminar seperti dianjurkan adalah membantu para pelajar supaya lebih fokus dan mengurangkan kebimbangan (fobia Matematik) dalam Matematik. Antara objektif bagi seminar ini adalah :
i) Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami subjek Matematik
ii) Meningkatkan kesedaran penerapan nilai Matematik dalam kehidupan.
iii) Meningkatkan kesedaran daripada segi tanggapan negatif bahawa Matematik adalah subjek yang susah selain menerapkan unsur-unsur kepentingan Matematik itu sendiri.
Alhamdulillah, sambutan serta layanan baik dari pihak peserta mahupun tenaga pengajar memberikan semangat team QC untuk menyampaikan segala isi -isi penting di dalam pengisian bagi seminar tersebut. Sepanjang seminar ini dijalankan, didapati hampir 90 % para peserta mempunyai masalah dari segi kefahaman dan teknik bagi subjek Matematik. Punca utama dikenalpasti iaitu kerana sikap dan minat yang kurang terhadap subjek Matematik selain menganggap subjek tersebut adalah subjek yang susah untuk dipelajari.
Antara pengisian yang menarik perhatian para peserta dan tenaga pengajar IKM adalah Terapi Otak dan Terapi Sifir dan Terapi Permainan.
Berikut adalah antara ragam para peserta dan tenaga pengajar semasa slot terapi otak :





Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.
Tulis komen anda