SeTeM 2014 (SM Imtiaz Besut) Berjaya Menukar Perspektif Pelajar Terhadap Matematik

admin
Oleh admin August 20, 2014 05:40

SeTeM 2014 (SM Imtiaz Besut) Berjaya Menukar Perspektif Pelajar Terhadap Matematik

Alhamdulillah kita diberi kesempatan bertemu lagi dalam ruangan buletin aktiviti syarikat QC Group Sdn Bhd.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga mahupun sanak saudara mangsa – mangsa MH17. Alhamdulillah, seramai 20 jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di tanahair kita,Malaysia hari ini. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang – orang beriman dan diampunkan segala dosa-dosa  mereka yang lalu.

SeTeM?

Program syarikat QC Group Sdn Bhd pada 20 Ogos 2014 adalah Seminar Terapi Matematik atau singkatannya SeTeM. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu. Seminar ini telah bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang mana melibatkan seramai 116 orang pelajar  terdiri daripada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 (Peperiksaan Tingkatan 3) dan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia). Seramai 5 orang Guru SM Imtiaz turut hadir dan terlibat dalam menjayakan seminar ini. Anjuran dari pihak sekolah tersebut telah menjemput Cr.Muhamad Tajudin bin Mustafa (Sifu Taj) selaku penceramah utama dan turut serta, Puan Che Nurul Khairunnisa binti Che Kadir sebagai penceramah kedua bagi seminar ini. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SM Imtiaz Besut, Terengganu itu sendiri. Alhamdulillah penglibatan dan penyertaan para pelajar dan guru dari sekolah tersebut telah memberi semangat yang berkobar – kobar kepada kedua – dua penceramah kita, Sifu Taj dan Puan Che Nurul Khairunnisa dalam menyampaikan dakwah ilmu Matematik yang selama ini dipandang dari segi perspektif negatif oleh para pelajar.

Kata - kata aluan daripada Pengetua SM Imtiaz Besut

Kata – kata aluan daripada Pengetua SM Imtiaz Besut

Peserta - peserta SeTeM

Peserta – peserta SeTeM

Sifu Taj menerangkan secara ringkas berkenaan tentang Matematik

Sifu Taj menerangkan secara ringkas berkenaan tentang ilmu Matematik

Apa itu Seminar Terapi Matematik?

Seminar Terapi Matematik (SeTeM) dalah sebahagian usaha yang dilakukan oleh QC Group Sdn. Bhd. bagi melahirkan generasi Ulul Albab. Golongan Ulul Albab bermaksud generasi yang mempunyai pelbagai kepakaran tidak kira dalam 2 atau lebih bidang khususnya dalam bidang Matematik. SeTeM ini dirancang oleh Cr. Muhamad Tajudin Bin Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sifu Taj bagi menukar perspektif yang negatif terhadap subjek Matematik. Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kepada para pelajar tentang ilmu Matematik yang mana sebenarnya merupakan ilmu yang mudah dipelajari dan difahami jika pendedahan kaedah mahupun teknik diberikan adalah betul dan bersesuaian dengan subjek tersebut.

Khusyuknya mereka

Khusyuknya mereka

Wahai anak - anak Sifu sekalian !!

Wahai anak – anak Sifu sekalian !!

Keunikan Seminar SeTeM

Keunikan seminar ini  adalah latar belakang penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan dan Matematik sebagai penceramah dan jurulatih mahupun fasilitator sejak lebih dari 10 tahun. Beliau berpengalaman mengendalikan kursus dan latihan dalam berbagai bidang kepada lebih daripada 20,000 peserta di seluruh negara.

"Senang sebenarnya belajar ilmu Matematik ini" - Sifu Taj

“Senang sebenarnya belajar ilmu Matematik ini” – Sifu Taj

-Fokus-

-Fokus-

Pengisiannya?

  • Terapi Otak
  • Terapi Sifir (Asas Penguasaan Matematik)
  • Terapi Permainan
  • Terapi Fobia Matematik
  • Terapi Belajar: Oh My Study!
  • Terapi Mengingat

 

Apa itu Terapi Otak?

Jika anda pernah membaca tentang buletin sebelum ini berkenaan dengan Kursus Sense of Urgency LINUS 2.0 (SOUL), kami berkesempatan mengkongsikan serba sedikit tentang Terapi Otak. Seperti kita sedia maklum, setiap manusia telah dianugerahkan otak kiri dan otak kanan secara semulajadi.Namun kelebihan dan kelemahan seseorang itu bergantung  penggunaan litar dominan otak seseorang itu sama ada otak kiri atau otak kanan.

 

Tujuan utama Terapi Otak dilakukan bukanlah bertujuan untuk mencari kelemahan mahupun perbandingan kelebihan bagi kedua dua otak ini tapi terapi ini lebih berfokuskan tentang cara mengetahui identiti mahupun personaliti seseorang itu yang sebenar melalui kaedah Terapi Otak ini. Terapi ini juga dapat membantu para pelajar untuk lebih fokus dalam  mempelajari sesuatu subjek mata pelajaran tersebut dengan lebih mendalam setelah mengetahui kelebihan diri yang ada dalam diri pelajar tersebut. Mengetahui dominan penggunaan otak juga dapat membantu para pendidik dalam mendidik anak – anak mahupun para pelajar dengan cara didikan yang sesuai dan betul.

Manusia yang dominannya otak kiri, cara berfikir dan mentafsir adalah berdasarkan logik dan terperinci manakala otak kanan, cara berfikir adalah penuh dengan imaginasi dan kreatif.

"Cuba teka saya guna otak mana?"

“Cuba teka saya guna otak mana?”

Agak - agaknya apakah aktiviti yang sedang dilakukan ya?

Agak – agaknya apakah aktiviti yang sedang dilakukan ya?

Selamat berjuang!!

Selamat berjuang!!

OTAK KIRI

  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.

OTAK KANAN

  1. Mencari ilham (intuisi).
  2. Berfikir secara kreatif.
  3. Berkaitan seni.
  4. Menggunakan imaginasi.
  5. Bersifat subjektif.

 

Seminar Terapi Matematik  di SM Imtiaz Besut Terengganu berakhir dengan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang terlibat selaku penganjur dalam menjemput pihak syarikat kami untuk mengadakan seminar ini. Setinggi harapan dan doa dari pihak kami ucapkan semoga anak – anak SM Imtiaz Besut Terengganu berjaya menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ucapan TAHNIAH kami ucapkan kepada mereka yang terlibat kerana telah berjaya menghadirkan diri dan menjayakan seminar ini.

 

"Terima Kasih Sifu Taj"

“Terima Kasih Sifu Taj”

Semoga berjaya anak-anak didikku...

Semoga berjaya anak-anak didikku…

“ALL THE BEST” ANAK – ANAK SM IMTIAZ BESUT!!!!!

 

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin August 20, 2014 05:40
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."