“Sifir Adalah Tiang Matematik”

admin
Oleh admin May 20, 2015 04:05

“Sifir Adalah Tiang Matematik”

Nama Program: Seminar Bijak Sifir  

Tempat : Sekolah Kebangsaan Tambun (SK Tambun) Ipoh Perak

Tarikh : 20 Mei 2015 (Rabu)

Masa : 12.30pm – 2.30pm

Program Bijak Sifir (BS) yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tambun telah dihadiri oleh 200 orang pelajar yang terdiri dapada pelajar-pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.”Sifir Adalah Tiang Matematik” . Istilah sifir tersebut adalah sangat sinonim dengan matematik yang mana pembelajaran dan penggunaan sifir digunapakai bermula di sekolah rendah.  Seminar ini  memperkenalkan para pelajar mempelajari teknik memahami sifir dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu penghafalan. Seminar yang dijalankan selama 2 jam, lebih berfokus kepada sifir-sifir yang mudah untuk difahami dan dikuasai seperti:

1) Sifir 0, 1, dan 2

2) Sifir 9,11 dan 12

Program ini dikendalikan oleh 3 orang jurulatih Pusat Terapi Matematik terdiri daripada MT Nur Fa’qa, MT Mastura dan MT Ashraff. Penceramah utama bagi program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh MT Nur Fa’qa. Pengisian program terbahagi kepada tiga sesi iaitu dimulakan dengan sesi Energizer bertujuan mengajar pelajar menjadi lebih peka dan fokus sebelum memulakan sesi terapi sifir. kemudian di ikuti dengan sesi ke-2 iaitu mengajar pelajar sifir 0, sifir 1 dan sifir 2. Seterusnya di ikuti dengan sesi ke-3 sifir 9 sifir 11 dan sifir 12.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan para pelajar begitu teruja dengan teknik yang di sampaikan kerana lebih mudah dan senang untuk difahami. Maklum balas yang sangat baik daripada pihak sekolah terhadap program yang dijalankan memberikan satu kepuasan bagi pihak syarikat selain dapat membuka minda para pelajar bahawa sifir itu mudah difahami dan menyeronokkan. Malah program ini juga sedikit sebanyak membantu para guru dalam mempelbagaikan cara dan teknik pengajaran sifir di sekolah.

IMG_2569

 

Begitu tekun para pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh MT Nur Fa’qa

 

IMG_2559

Gaya santai dan bersahaja penceramah tersebut memberi kesan positif kepada para pelajar

IMG_2564

 

Gelagat para pelajar semasa sesi Energizer.

 

 

 

 

IMG_2573

Pertandingan di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki.

IMG_2575

Sesi Energizer  membantu pelajar supaya lebih peka dan fokus ketika belajar.

 

IMG_2560

 

IMG_2559

suasana ketika program berlangsung.

 

IMG_2580

 

IMG_2579

Penyampaian penghargaan dari pihak sekolah kepada penceramah.

 

Kesimpulannya program yang berjalan dalam masa yang amat singkat banyak membantu pelajar tentang teknik sifir dengan lebih mudah dan cepat. Diharap kerjasama yang terjalin diantara pihak QC Group dengan SK Tambun dapat dieratkan lagi dengan program-program yang akan datang. Inshaa Allah.

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin May 20, 2015 04:05
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."