Pengenalan
QC Group Sdn. Bhd. mula dikenali dengan InTouch Enterprise ditubuhkan pada tahun 2004 berfokuskan kepada Program Latihan Motivasi, Team Building, Keibubapaan dan Staf, menjalankan perniagaan yang berorentasikan alat bantu latihan serta perkakasan teknologi maklumat. Pada tahun 2008, InTouch Enterprise ditukar kepada Qulhaq Resources dan seterusnya sebuah lagi syarikat Qulhaq Consultancy ditubuhkan. Bermula pada tahun 2014, gabungan Qulhaq Resources dan Qulhaq Consultancy telah diletakkan di bawah pentadbiran QC Group Sdn. Bhd.
QC Group Sdn. Bhd. menjalankan perkhidmatannya ke seluruh Malaysia dengan sasaran pelanggan utama yang terdiri daripada institusi-institusi kerajaan, swasta, persendirian dan masyarakat secara keseluruhannya. QC Group Sdn. Bhd. kini mempunyai pusat latihan sendiri beribupejabat di 62A Lengkuk Meru Permai 2, Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, Ipoh dengan tujuan sesi kaunseling individu dan kelompok, program latihan dan kelas-kelas bimbingan.
Qulhaq Consultancy sebagai anak syarikat lebih dikenali dengan produk Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Kini nama Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj sudah mula dikenali di seluruh Malaysia kerana modulnya yang istimewa iaitu penguasaan sifir tanpa perlu menghafal malah meningkatkan kreativiti anak-anak terhadap penguasaan Matematik agar menjadi lebih baik. Bagi menghasilkan modul ini, pengasas modul Cr. Muhamad Tajudin Bin Mustafa (Sifu Taj) telah menjalankan kajian selama 9 tahun bagi memastikan formula yang disampaikan adalah yang terbaik malah Sifu Taj masih meneruskan kajiannya.
Walau bagaimanapun, syarikat masih meneruskan program-program latihan seperti motivasi bagi pelajar sekolah, motivasi kerja, keibubapaan, pelajar universiti dan kakitangan kerana kepuasan dan keberkesanannya diperakui oleh setiap peserta yang mengikutinya.