Transformasi Kearah Kecemerlangan: SMK Paloh Hinai, Pekan

teamqc
Oleh teamqc July 24, 2014 15:38

Transformasi Kearah Kecemerlangan: SMK Paloh Hinai, Pekan

QC Group Sdn Bhd telah diberikan amanah sebagai pengendali Program Kecemerlangan Pelajar: Transformasi Kearah Kecemerlangan yang melibatkan pelajar seramai 205 orang terdiri pelajar tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai PMR dan SPM pada 26 dan 27 Jun 2014 bertempat di sekolah berkenaan. Keistimewaan program ini adalah dengan adanya pelajar-pelajar Asli. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan masa yang telah dicadangkan oleh pihak kami.

Motivasi di SMK Paloh Hinai, Pekan

Motivasi di SMK Paloh Hinai, Pekan

Pengendalian program ini diberikan 100% kepada pihak QC yang diwakili seramai 7 orang yang terdiri dari Pengarah QC iaitu Ustazah Che Nurul Khairunnisa binti Che Kadir, motivator utama QC iaitu Cr Muhamad Tajudin bin Mustafa (Sifu Taj) dan lima orang urusetia tetap QC.

 

Cabaran Minda

Cabaran Minda

Pengisian yang diberikan terdiri daripada:

  • Terapi otak
  • Terapi Matematik dan Sifir Sifu Taj
  • Bijak esei
  • Terapi permainan minda
  • Terapi belajar

 

Motivasi

Motivasi

Permainan minda HiQu

Permainan minda HiQu

Berikut adalah perkembangan dan potensi yang berjaya digilap:

Masalah Kemajuan
Kebanyakan pelajar memiliki sifat malu dan tidak yakin terhadap diri sendiri pada mulanya. Selepas pelajar mengenali antara satu sama lain dan selalu diminta berucap di depan, peserta kelihatan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sifat malu antara mereka juga telah terhakis sedikit demi sedikit.
Pelajar kurang jelas dengan objektif program. Setelah dijelaskan tujuan mereka di hantar ke program tersebut dan hasil penerangan dari urusetia yang terlibat, peserta dapat memahami tujuan dan objektif bagi setiap aktiviti yang mereka ikuti.
Kurang semangat dan sambil lewa dengan pengisian program. Peserta mula bersikap serius dalam setiap aktiviti yang dilakukan apabila peserta didedahkan dengan bahan berbentuk fizikal. Peserta juga seronok dan sentiasa bersemangat untuk mengikuti setiap aktiviti yang diunjurkan oleh moderator program.
Masalah bahasa melayu bagi segelintir peserta. Peserta dapat memahami kehendak moderator dan soalan dari penerangan secara individu oleh urusetia. Hasilnya, peserta boleh memahami dan menyelesaikan sesuatu isu mengikut arahan yang diberikan.
Kurang keberanian dalam diri peserta samada dari lisan mahupun pergerakan fizikal. Melalui sikap awal peserta didapati mereka lebih suka diam, segan, takut menyatakan walaupun sepatah ayat samada kepada moderator mahupun urusetia, namun semasa separuh hari pada hari pertama program, kami dapati pelajar-pelajar ini mula bersikap agresif yang positif apabila sering bertanya dan memohon penjelasan tentang sesuatu isu.
Mudah mengenali sikap seseorang atau rakan mereka walaupun berlainan kelas dan umur. Kami dapati pelajar-pelajar ini memiliki satu kuasa luar biasa apabila mereka boleh akrab dan mengenali rakan mereka dengan rapat walaupun berlainan kelas dan umur. Malah, mereka seiring dan bersatu hati melantik wakil pelajar bagi setiap kumpulan dan ia membuktikan mereka selalu memerhatikan tingkah laku dan perbuatan seseorang selama mengikuti program tersebut.
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
teamqc
Oleh teamqc July 24, 2014 15:38
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."