”YAKIN PADA DIRI SENDIRI”

admin
Oleh admin June 17, 2015 10:02

”YAKIN PADA DIRI SENDIRI”

Nama Program: Seminar Terapi Matematik (SETEM)

Tempat : Sri Ampang , Ipoh 

Tarikh : 30 dan 31 Mei 2015

Masa : 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang  

Program ini dijalankan di pusat homemath cawangan Sri Ampang . Seramai  7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah .Seminar ini berlangsung selama 2 hari di cawangan tersebut . Program ini bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar supaya tidak takut untuk membuat kesilapan atau salah . Hal ini kerana pelajar zaman sekarang takut untuk menjawab soalan daripada guru kerana takut jawapan yang diberikan salah atau pun tidak tepat .Oleh iu ,kami ingin menyedarkan pelajar  bahawa sesuatu kesilapan yang dilakukan akan menghasilkan kejayaan kerana kita berani mencuba untuk menjawab dan yakin dengan jawapan yang diberikan .Namun jika jawapan yang diberikan salah ,kita perlu mencari sebab mengapa jawapan yang diberikan salah ,dan dari situ kita dapat mengenal pasti kelemahan kita . Matematik merupakan mata pelajaran yang mudah untuk kita nampak kesilapan yang dilakukan .

Antara Pengisian Program ini ialah :

1. Ujian Pengesanan

2.Terapi Otak

3.Terapi Keluarga

4.Terapi Permainan

 

Seminar Terapi Matematik @ SETEM ini dikendalikan oleh 2 orang jurulatih iaitu MT Ashraff dan MT Nor Fa’qa .

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram
admin
Oleh admin June 17, 2015 10:02
Tulis komen anda

Tiada komen

Tiada Komen Setakat Ini!

Izinkan saya bercerita kisah yang sedih! Masih belum ada komen yang ditulis, tapi Anda boleh menjadi orang yang pertama memberikan komen.

Tulis komen anda
Lihat komen.

Tulis komen anda

Alamat e-mail anda tidak akan diterbitkan.
Ruangan wajib adalah yang ditanda*

Rakaman Video di iRadio OUM - Parenting

Live @ IKIM.fm (Rakaman)

Kepakaran Kami

RSS Feed Mengikut Kategori

Langgan Newsteller

Media Sosial

Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Testimoni

Matematik

Nur Nadhirah -14 (Peserta Bijak Sifir):
"Kaedah yang digunakan amat senang dan tidak perlu dihafal. Saya mula suka sifir dan matematik."

Siti Nur Suzana -12 (Peserta Bijak Sifir):
"Berasa amat gembira kerana dapat belajar dengan mudah. Kini saya berasa mudah untuk mempelajari matematik."

Matematik

Guru Besar Juhara Bee:
"Program Bijak Sifir ini amat baik sekali kerana dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk mencintai subjek matematik dan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Ianya sungguh menyeronokkan dan berkesan serta berguna untuk murid mengaplikasikan didalam UPSR nanti. 'A' pasti menjadi kenyataan. Syabas diucapkan kepada semua fasilitator Bijak Sifir."

Motivasi

Maslida (Peserta HQ):
"Program ini sangat menghiburkan dan tiada istilah bosan yang ingin dikatakan. Dengan adanya program ini, dapat memberi keyakinan, semangat untuk terus belajar mengenai kehidupan yang dilalui dengan penuh keikhlasan, kesabaran."

Motivasi

Nur Adina Maslida (Peserta HQ):
"Pada mulanya bila saya terpilih untuk program ini, saya fikir program ini cenderung kepada ceramah. Tetapi setelah terlibat selama 3 hari, baru saya sedar banyak perkara baru yang tidak pernah terbayang dan terfikir seperti perkara berkaitan tentang kehidupan yang sebenar dan ianya bukan sesenang seperti yang disangka. Saya juga dapat mengenal erti kawan melalui kerjasama berkumpulan. Saya juga baru tahu bagaimana untuk bangkit dari kejatuhan dengan semangat yang perlu dinaikkan."

Motivasi

Mohd Shuqri Maslida (Peserta HQ):
"Tak menyesal datang walaupun berat untuk datang pada mulanya. Sangat santai dan best!"

Siti Zahrah Maslida (Peserta HQ):
"Terima kasih sifu & ustazah kerana membantu saya menguatkan semangat untuk terus belajar. Kem yang diadakan sangat memberi impak kepada saya. Saya suka berada di kem ini kerana ianya menggembirakan dan bebas dari tekanan."